Keluar dari airport. Petang tu cuaca agak selesa. Dingin, tapi tak la smpai terasa sangat. Masa tu aku fikir, lebih kurang dengan Malaysia je? Kecewa dah sikit masa tu sebenarnya haha 😅
Dari airport kitorang ambik bas untuk ke hotel. Tak ingat bas apa tapi eventually kami guna Red CAT, salah satu bas yang free kat Perth ni. Dalam perjalanan ke tempat penginapan (City Stay Apartment di Wellington Street), aku perasan bandar ni agak sibuk. Jalan dalam bandar dia sangat la banyak lampu isyarat, kejap-kejap kena berhenti. Dan bandar dia pun agak padat dengan bangunan.
Perjalanan kami merentasi Swan River. Agak cantik juga view dia dari dalam bas


Lebih kurang 6pm, kami sampai di tempat penginapan. Watertown ada betul-betul kat seberang jalan dari hotel. Shopping woi shopping. Hahaha.. Bas Red CAT ni berhenti agak jauh sikit dari hotel, jadi terpaksa la kami menapak sekejap 😅
Aktiviti harini tak banyak sangat. Maklumla, sampai pun dah lewat petang. Lepas cek in dan rehat2 kejap, kitorang terus keluar. Jam 8malam dah waktu kitorang keluar tu pun. Misi pertama, cari barang-barang makanan untuk masak sambil nak ‘berkenalan’ dengan bandar Perth ni. Waktu tu baru la sedar, depan pintu hostel rupanya ada bus stop untuk Yellow CAT. Tadi kitorang naik Red CAT, kena menapak nak ke sini. Lepas ni memang senang la nak ke mana – mana. Good thing to know.
So lepas bincang-bincang, kami buat keputusan untuk ke Coles Central kat Raine Square. Cuma 1km je dari hotel. Kami apa lagi, sambil berjalan sambil bergambar la.. Cuaca pun agak dingin malam tu. Baru la terasa dok kat luar negara bila sejuk macam tu haha 😝



Kat Coles, kami shopping barang makanan. Jangan tak tahu, kaunter bayaran kat sini layan diri. Sendiri scan, sendiri masuk plastik, sendiri jugak kena bayar. Of course la kan. Boleh bayar cash atau kad kredit. Mudah sungguh. Tapi kalau benda ni buat kat Malaysia, boleh ke?


Staff kat sini tengah ajar kami cara nak bayar. Senang kan? Bakul kat kiri, scan kat tengah then masuk plastik bag kat sebelah kanan
Malam tu aku tidur mati. Esok ada kejutan bila kami sampai kat tempat sewa kereta. Jeng jeng jeng~
Wassalam
