Perth, Australia. Ini kali pertama aku keluar dari Malaysia sendiri-sendiri hahahaha… Walaupun bulan tiga haritu dah ke Brunei, tapi agak beza sebab Brunei pergi dengan ejen. Tambah pula, ke Brunei tu atas urusan persatuan. Perjalanan aku kali ni tak ada sebab lain, melainkan untuk pergi jauh dari sini. Walaupun hakikatnya Australia bukan jauh sangat pun hahahaha
Apapun, aku excited. Trip aku ni akan ambil masa 6 hari. InsyaAllah kami akan sampai di KL balik pada 1hb September, malam
Aku smpai KLIA jam 7 pagi, 27 Ogos 2015. Naik ERL je, lagi cepat smpai dari rumah. Flight jam 9.30. Kat sana, aku baru la jumpa semua teman-teman yang akan bersama ke Perth nanti. Empat orang semuanya. Yang aku kenal cuma dua. Walaupun baru kenal, memang diorang ni senang nak dibuat kawan. Sempoi kata orang
Lepas cek in, kami ke balai pelepasan. Tak sabar menanti ni..
Ok, flight aku terbang dalam 930am gitu. Tak ingat. Haha. Yang pasti, aku naik MAS. Seperti biasa, bila naik international flight, hobi aku ialah ambik gambar makanan. Nah, belanja sebijik. Tak ingat dah apa namanya. Yang aku ingat cuma time boarding, time makan dan time nak mendarat je hahahahahaha.. Dah tentu lah time lain aku bantai tidur je ye tak? 😝
Kami sampai di Perth dalam jam 3.30 petang. Berjalan keluar dari flight, bergerak mengikut arus, aku teringat kisah di pintu imigresen Jeddah tahun lepas. Berpeluh kejap. Tapi Alhamdulillah, semua ok. Masih tak dapat terima hakikat sebenarnya yang aku dah sampai di Australia. Tapi bila terpandang tulisan ni, terus aku senyum. Eh. Dah sampai rupanya 😅

Perjalanan kami di bumi Perth ini bermula sebaik keluar menjejak kaki di luar airport. Cerita seterusnya akan menyusul nanti 😁
Wassalam
