28 Ogos 2015. Pagi ni aku bangun agak awal. Rupanya walaupun time Perth n Malaysia ni sama, tapi ada juga sedikit sebanyak bezanya. Paling ketara bila jam 6.00 pagi kat sini pun suasana dah terang macam jam 7 pagi kat Malaysia. Waktu zohor pula masuk jam 12 tengahari.
Lepas sarapan, kami terus keluar. Destinasi pagi ni adalah Fremantle, antara bandar pelabuhan yang cantik pernah aku sampai. Kami bergerak ke sana dengan train. Semalam waktu ke Coles Central, dekat area food court dia ada signbord untuk ke stesen Perth Underground. So, ke sana la kita. Disebabkan ini pagi pertama kitorang kat sini, maka baru lah nampak suasana pagi di Perth ni. Sepanjang berjalan kaki ke Raine Square tu, keadaan jalan dia agak lengang dan tak ramai pun manusia yang kitorang jumpa. Kereta pun tak banyak. Gambar bawah ni keadaan yang kami nampak jam 8.45pagi..



Dari Raine Square, ada laluan untuk ke stesen Perth Underground. Tapi sebab kami nak ke Fremantle, kena ambik train di Perth Station sebab kat Perth Underground takde Fremantle Line. Kat bawah tu ada laluan direct ke stesen Perth.

Naik tangga. Sampai ke platform. Perjalanan akan ambil masa lebih kurang 40 minit. View dari dalam train dia memang cantik. ![]()

Dah sampai di Fremantle, langit nampak gelap. nak hujan je gayanya. Most of the time kitorang kat sana, hujan agak lebat la jugak dan suasana agak sejuk. Anyway kat bawah ni gambar stesen Fremantle lepas keluar dari platform

Di Fremantle, kami pusing bandar dan shopping je. Tempat yang kami pergi – E-Shed untuk shopping buah hati. Eh, cenderahati haha.
Nama kedai yang kami pergi tu Megabes, milik orang Singapura. Owner dia boleh cakap BM. Ramai je orang Malaysia kat sana. Lepas tu terus makan Fish n Chips kat Kailis’ Fishmarket Café. Sedap. haha. Last, ke Fremantle Market. Tak ada apa pun yang beli kat sana, cuma pusing-pusing je.
Tempat ni memang cantik, so aku tepek jela gambar kat bawah ni ha
Fish n Chips @ Kailis’ Fishmarket Café



E-Shed



Area Fremantle






Panjang sangat dah. Dah lah dulu. Nanti sambung!